Calendar


SEMOGA HARI - HARI MENDATANG LEBIH BERMAKNA DALAM HIDUP KITA

Friday, December 31, 2010

Sesak

Hari ini di sana sini sesak dengan kenderaan & orang ramai yg berpusu-pusu ke pasar raya untuk membeli peralatan persekolahan anak-anak mereka. Almaklum cuma tiga hari sahaja lagi persekolahan sesi 2011 bermula.

Aku seperti biasa bila hubby bercuti, selepas sarapan akan menghabiskan masa di luar. Kali in aku tidak pulang ke kampung kerana baru minggu lepas, aku pulang ke kampung selepas melawat anakku di Gombak. Sememangnya, cuti-cuti hujung minggu memang aku jarang berada di rumah. Duniaku pada hujung minggu pastinya ke KL, Seremban & Melaka ataupun ke Kuala Rompin. Sepatutnya hari ini, aku balik ke rumah mertuaku tetapi terpaksa ditangguhkan kerana jiran di hadapan rumahku akan melangsungkan perkahwinan anak perempuannya pada hari esok. Mungkin kalau tiada aral, aku akan pulang ke Rompin pada hari Ahad nanti, insyaAllah. Harap-harapnya jalan ke Kuala Rompin tidak dinaiki air.

Tepat jam 10.00 pagi, selepas bersiap, ingatkan bolehlah aku keluar ke bandar tetapi malangnya di luar, betul-betul di hadapan pintu pagar rumahku orang sibuk memasang khemah. Rupa-rupanya sepanjang lorong kawasan rumahku dipasangi khemah. Ermmm hubbyku keluar berborak sajalah dengan jiranku. Hanya tepat jam 11.30 pagi barulah keretaku boleh bergerak. Inilah untungnya kereta kecil, boleh juga mencelah bergerak keluar.

Destinasi pertamaku ke ECM(East Coast Mall) Biarpun ECM hanya sejengkal dari rumahku, namun disebabkan hujan dan juga jalanraya yang sesak dengan kenderaan, hampir setengah jam juga baru kusampai ke ECM. Sesampai di sana, fuhh ramainya manusia. Anak-anak remaja yang couple berpeleseran d sana sini. Tiba-tiba ku tersenyum sendirian, eh, akupun couple juga ~ haha couple. Ye aku berdua sahaja dengan hubby macam saat-saat d awal perkahwinanku.

Di ECM aku leka memerhatikan gelagat orang. Aku leka melhat anak-anak kecil merengek meminta itu dan ini dpd ibu atau ayah mereka. Ada juga kulihat sekeluarga yang berderet-deret anak mengekori ibunya dari belakang. Kashannya!! Ada anak yang atas dukungan dan owhh~ sesak, sesak nafasku melhat situasi ini. Di ruang legar, di Parkson, Carefour, KFC, Johnny, memang penuh sesak dengan manusia-manusia yang entah dari mana datangnya. Hubby mengajak aku makan atau beli saja makanan untuk di bawa pulang tetapi seleraku tertutup. Akhirnya ku ajak hubby kupulang dan aku sendri yang masak. Puas! masak sendiri lebih baik dpd beli.

No comments:

Post a Comment