Calendar


SEMOGA HARI - HARI MENDATANG LEBIH BERMAKNA DALAM HIDUP KITA

Wednesday, December 1, 2010

Sejenak bersama kenangan 6IK dan 6AF

Awal persekolahan sesi 2010 diriku diamanahkan mengajar Matematik bagi kelas 6 Ik dan 6 Af.  Hari pertama menjejakkan kaki ke kelas memang tiada seorang pelajarpun yang kukenal sebab diriku tidak pernah mengajar mereka. Ya Allah satu cabaran buatku untuk mengenal mereka seorang demi seorang. Apabila melihat pada wajah mereka, ku beranggapan bahawa mereka semua terer akan subjekku tapi ... bila sesi pembelajaran bermula.masyaAllah~nak pengsan kudibuatnya. Anggapanku silap! Aku terkedu seketika.  Perasaan sedih, kecewa dan macam-macam lagi timbul di hati ini sehingga menitiskan airmataku sebab ramai rupanya yang lemah akan Matematik.  Mampukah aku untuk memperbaiki kelemahan ini dalam tempoh lapan bulan? Jerit hatiku. Maaf! Tapi inilah hakikatnya.

Seminggu  kumemikirkan langkah dan strategi yang harus kubuat untuk memperbaiki kelemahan mereka. Ku korbankan masa tidurku, mengedit bahan2 pengajaranku yg sedia ada biar bersesuaian degan tahap mereka, membuat latihan menggunakan powerpoint dan macam-macam lagi ikhtiarku. Sedih yang teramat apabila melihat anak bangsaku tidak boleh menguasai subjek ini, sedangkan subjek inilah yang paling mudah berbanding dengan subjek lain. Itulah luahan hatiku kepada anak didikku. Lantaran itu, setiap hari kuselitkan motivasi ketika mengajar, kuujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan agar anak didikku ini tidak bosan dan kusanggup lakukan apa saja buat mereka. Setiap pagi sebelum melangkah keluar ke sekolah, pasti kupasang niat untuk memberi ilmu yang terbaik buat anak didikku. Yup! yang terbaik buat kalian.

Hari demi hari dan dari bulan ke sebulan...syukur alhamdullillah kutelah nampak peningkatan mereka dan kulihat anak didikku telah mula mesra dengan diriku. Tanggal 2 Feb2010, membuktikan segalanya. Tanpa diduga sama sekali anak didikku telah membuat 'surprise birthday party' buatku. Owhh memang bergenang airmata dibuatnya. Baru sebulan bersama, anak didikku memberi kejutan buatku.Dari sini bermulalah segalanya~kuhargai anak didikku sepertimana mereka menghargaiku. Aku semakin seronok mendampingi mereka.

Hari-hari seterusnya hubungan kami semakin rapat bagaikan anak dan ibu..Aku  seronok mengajar mereka dan paling seronok apabila peningkatan mereka begitu menyerlah. Hilang segala penat lelahku.
Akhirnya apabila keputusan UPSR diumumkan..akulah orang yang paling gembira. Ya, Syukur alhamdulillah 6 Ik tidak menghampakan. Majoriti memperolehi A kecuali 3 orang saja yang mendapat B. Tahniah! Tahniah! Tahniah! Kalian membanggakan tcer.

Kini biarpun cuma 11 bulan bersama, memang terasa perasaan sayang buat anak didikku. Terlalu banyak kenangan bersama mereka untuk dikenang. Gelagat mereka biarpun ada di kalangan mereka yang nakal, tetap menghiburkan. Apabila keseorangan, wajah-wajah mereka jelas terbayang di mata. Nama-nama mereka kucatatkan di sini tanda diriku takkan melupakan mereka.


Mat top, Azmeer, Hidayat, Safwan, Shahrul Amin, Hisham, Syazwan Helmi, Khairul, Nadzem, Syafiq, Taufik, Lukman, Alif, Firdaus, Minmin, Qas, Ika, Farisha, Ena, Alia Mansur, Aliaa, Iqah, Ain, Mardha, Aida, Alina, Fatin Nadzira, Azneera, Dhania, Intan, Myra, Jamilah dan Wan Nur Atiqah~semuanya mekar di hati tcer.

Kelas 6AF~Muhamad Nazim, Fikri, Husaini, Firdaus Mahasan, Asyraf, Budi, Darimi, Khairul Ikhwan, Ammar Ikhwan, Aiman, Ammar, Hafiz, Tirhakara, Tujen, Shankaar, Yogen, & Vijey.
Mimi,Sajidah, Hidayah, Noraini, Izzah, Aisyah,Suhana, Syuhada, Parvitra, Ranuga, Husna, Nurul Badzlin dan Izzumy Nadia,

Semuanya akan meninggalkan 1001 kenangan dalam hidup ini..

Lihatlah kemesraan kami~
6IK

Bersama anak didikku 6IK


Bersama sebahagian  anak didikku 6AF

6AF

6AF

No comments:

Post a Comment