Calendar


SEMOGA HARI - HARI MENDATANG LEBIH BERMAKNA DALAM HIDUP KITA

Tuesday, November 30, 2010

Karipap Special

Apakah yang tergambar di fikiran apabila mendengar karipap special? Pastinya kita membayangkan yang best, sedap dan lain daripada yang lain, betul tak? Ermm inilah yang eden bayangkan.

Semalam kuteringin nak membeli karipap di Taman Gelora yang memang terkenal dengan rupa karipapnya yang hodoh tapi rasanya sedap, lalu kupasang angan-angan selepas pergi melawat kawanku yang akan berpindah ke Johor, aku akan singgah untuk membelinya.

Selepas beres semua kerjaku di rumah, kuterus melangkah keluar bersama dengan seorang teman. Destinasi pertamaku adalah ke rumah rakanku yang akan berpindah. Setibanya di sana, kulihat ada 2 buah lori Freight Logistics dan 2 buah lagi lori panjang yang biasa.(Amboi, banyak betul perabut rakanku ini). Kulihat ada ramai pekerja yg menyimpan barang-barang tetapi kelibat rakanku masih tidak kelihatan. Penatlah kumemberi salam tapi rupa2nya rakanku bersama ahli keluarganya telah keluar ke bandar. Sungguh tak kuduga betapa Ijat sanggup meninggalkan rumahnya dalam keadaan begini  tanpa diawasi dan aku pulak yang terlebih risau...~ ermm Ijat oh Ijat. Wei, sempat lagi nak bershopping sebelum pindah?


Lebih kurang sepuluh minit menunggu dan selepas menelefon kawanku, akupun bergerak menuju ke gerai karipap. Tak sabar dah rasanya nak makan. Rakanku pula, ternyata banyak sungguh urusannya yang belum selesai di luar so kubiarkan dia dengan urusannya dan InsyaAllah panjang umur kita jumpa lagi.

Aku terus dengan misiku untuk membeli karipap. Namun agaknya telah tersurat untukku, hari semalam adalah hari malangku, gerai karipap tersebut pula tutup. Adakah aku terlalu awal ke gerai tersebut atau gerai itu sememangnya tutup? Hampa! Tiba-tiba rakan yang menemaniku dari awal tadi bersuara, ' takpe. kita gi kat satu tempat ni, karipapnya 'karipap special', lagi sedap dan saya pernah makan.'   Apa lagi, bila mendengar saja 'Karipap Special' lantas kuajak lah rakanku ini pergi ke Gerai Karipap Special.di.....(biarlah rahsia).

Setiba di gerai kulihat memang banyak karipap yang dijual di situ, lalu kutanya yang mana satu karipap specialnya? Lawak tak pertanyaanku? Secara telus, memang aku tak nampak satupun yang special?
Seorang jejaka menunjukkan padaku akan karipap special . Owh~indah khabar dari rupa tapi ku'order' jugalah dan sambil meng'order' kuleka memerhatikan 3 org pekerja di situ membuat karipap. Ada seorang sedang mencanai kulit karipap dengan  dua saiz, saiz besar dan saiz kecil, di tengah2nya ada sebesen inti karipap dan telur rebus yang telah dibelah empat manakala dua org lagi asyik mengisi bahan inti karipap dan mengelim tepinya. Eh,apa yang special?, detik hatiku. Karipap kecil, itulah intinya dan karipap special, itu jugalah intinya cuma diisi telur rebus di dalamnya. Grrrrr~Tipah tertipu.. Karipap Special tak seperti yang kubayangkan. Rupanya sama je, tak cantik manapun

Apabila berada di dalam kereta kumembebel pada rakanku..yang hanya tersenyum melihatku.. Kalau kutahu macam ini memang ku tak akan sampai di gerai ini  Rasanya biasa-biasa aja tak seperti yang kubayangkan. Ya Allah, tak payahlah buat label karipap special kalau macam gitu rupanya. Jauh mana sedapnya lagi karipap di Taman Gelora tu dan harganya pun lebih berbaloi daripada karipap special nih.

Buat kawanku, sori to say, memang citarasa kita berbeza. Kalau kutahu memang kuberi rakanku bawa balik lebih karipap special ini sebab tentunya tidak membazir  seperti sekarang ni. Nampaknya karipap special yang masih berada di bawah tudung saji di rumahku ini..akan ke bakul sampah jualah akhirnya..

Monday, November 29, 2010

Reunion

Dulunya ku tak pernah tahu apa itu reunion dan tak pernah nak ambil tahu. Sekarang ini bila kubuka saja FB (facebook), sana sini cerita pasal reunion. Owh~'advance'nya budak-budak sekarang ini.

Tanggal 17 Disember  ni, rakan-rakan seangkatan ex-Georgian 1964 akan mengadakan reunion di Seremban. Opss~ teringat Seremban tetiba teringat akan janjiku. Haha..eden toraiii. Yup! eden anak jati Nogori Sembilan dah janji nak tulih dlm blog kali ni bahaso eden.

Lawak betullah si Saufi ni ado ko pulak disuruh ae eden tulih loghat nogori. Iyolah montang2 dio ponah dudok dokek nogori ni so rindu ar pulak bahaso eden ni yo. Weiii kan sonang kok cari jodoh ngn org nogori yo. Uishh apolah si Saufi ni~ ermm boto-boto nak nyusahkan eden ar ni.

Amacam? boleh ko eden teroih tulih dlm loghat nogori ni...?

Reunion eden nanti diadokan dokek Soramban, dokek kampung eden lah tapi bolehkah eden poei?  Sekarang ni bilo dudok dokek Kuantan ni., tompek2 dokek Soromban pun eden dah tak familiar.(ewah, sori ar omputih lak). Apo taknyo Soromban dah byk berubah. Ari tu eden balik kampung, eden poei lah ko Soromban 2 ( Ha jgn tak tau Sorombanpun dah ado 2, dulu satu yo so mano ar eden nak tau tompek2 baru dokek sini ar)..Ya Allah jem gilo Soromban sekarang nih, ngalah cam dudok dokek Kolumpor. Hampir 1 jam terkandeh dokek jalan rayo. Lopeh tu memang eden setiap kali balik yo ko Soromban eden tak kuar2 ar dari rumah omak. Maleh boto eden sobab ari tu punyo hal lah.

Ohh reunion, hati jap raso nak poei, jap raso taknak poei. Kalau poei leh jumpo kawan-kawan yg lamo sungguh ar tak jumpo. Masing2 dah boranak pinak ni dan ado gak yg dah bermenantu..Fuhh memang gamat ar kalau jumpo Tapi tarikh diorang buek ni, ari Jumaat malam (sampai ati ar diorang ni, buek ikut2 suko diorang yo. Montang2 ar majoriti dudok dokek2 yo dongan tompek tu tapi cmno dongan eden ni?) Weii kawan, eden dok jauh ar. Hubby edenpun kojo. Huhu ~grrrr...raso nak monjorit eden dibueknyo.

Tolong! Tolong! Tolong! cmno ni eden nak poei ko tidak. Apo pendapek korang yo? Kalau eden poei maknonyo eden kono balik awal, tinggalkan suami eden dokek rumah sorang2. Erm patut ko?? Uisyyhhhhhh.. memang tak patut biarpun eden tau suami eden akan bonarkan..

Kesimpulan ae..sori kawan, eden takleh poei ar jawap ae...Mukatamad!! Hehe~iyo ko??

Reunion oh reunion...dalam dilemma~

Sunday, November 28, 2010

Bakat terpendam?

Eh, eh apa pulak ni? Semenjak duamenjak ni..uishh betul ke? Arghh belasah je lah....ramai pulak yg memberi komen pada diriku bahawa aku memiliki bakat terpendam di bidang penulisan ni..Owhh..ya ke? Kenapa tiba-tiba je ni?

Pulak tu malam tadi, menerima komen dari rakan sejawat~"Wah, hebat..tapi kenapa tajuknya loghat Nogori sdgkan penulisan bahasa formal...uishh soletkan bahaso nogori ngn kelante lagi ada umph. Bahasa tu no 2 & gaya penulisan tu yg no 1." haha tergelak kumendengar komen ini...Jap-jap nanti eden torai yo..

Sebenarnya bidang penulisan memang kuminati sejak zaman sekolah menengah lagi tapi hasratku tak kesampaian apabila permohononku untuk mengikuti jurusan kewartawanan tidak berjaya. Masih kuingat betapa ayah bertolak dari Seremban ke Kuantan menemuiku subuh-subuh hari semata-mata untuk memaklumkan yang diriku mendapat surat panggilan temuduga 'Mass communicatian' di ITM suragate Dungun ( tak silap tahun 1984), gembiranya hati bukan kepalang. Itulah pengorbanan seorang ayah dan ayah bersama emak serta kakak menemaniku menghadiri temuduga tersebut. Terima kasih ayah! terima kasih emak!

Berbalik kepada temuduga~perghhh..aku betul-betul fobia. Gara-gara temuduga untuk kursus kewartawanan inilah.buatkan aku benci akan temuduga. Bayangkan ketika melangkah kaki masuk ke bilik temuduga  Masih tergiang2 di telinga, "kamu ni kalau nak temuduga wartawan, jgnlah bertudung, kalau pakai baju kurung dan bertudung macam mana kamu nak jadi wartawan dan blaa blaaa...blaa...." bertubi2 soalan yang diajukan yang tidak sempat nakku jawab dan akhirnya diriku disuruh keluar. Salahkah seorang gadis yang bertudung menghadiri kursus kewartawanan ini? Salahkah? Kejamkan! Ketika itu diriku masih mentah lagi..dan tak tau apa-apa. Kududuki juga ujian bertulis dan pastinya entah apa2lah yang kujawab setelah apa yang kulalui. Akhirnya seperti yang telah dijangkakan, permohonanku gagal. Semenjak itu berkuburlah hasratku.

Kini..semua berlaku secara tiba-tiba. Melalui blog ini..yup! rupanya kuboleh mencurahkan segala2nya di sini. Satu kepuasan dapat dirasai apabila dapat mencurahkan apa yang terpendam...

Owhh~bakat terpendam? Mungkin! Haha~jangan badak berendam suda..

Buat rakan-rakan dan anak didik  terima kasih kerana sudi memberi komen dan meluangkan masa di blog ini.
Lepas ini, eden nak guno loghat nogori pulak yo...atas permintaan..hehe mampukah eden?? Ermm eden toraiii~tungguuuu...

Saturday, November 27, 2010

Mardha & diriku

Mardha? Siapa Mardha? Apa kaitan Mardha dengan driku? Owh biarkanlah  persoalan ini...ibarat biarkan si Luncai terjun dengan labu2nya..Arghhhhh~gerammmm?.Haha..tak baik geram-geram tau..

Mardha adalah gadis yg bersamaku dalam potret diblogku ini. Buat rakan-rakan & anak didikku di SKBS, pastinya kenal siapa gerangannya gadis ini..tapi buat pembaca lain~ermm lihatlah potret itu.

Bila melihat potret ini aku teringat akan kata2 dari anak didikku sendiri, 'cgu, Mardha ni macam kembar cgu lah'~uishh ada ke patut? Mardha terlalu muda untuk menjadi kembarku. Ada suara lain pula mengatakan Mardha ini mirip mukaku dan macam anakku...Eh, eh, betul ke? Lantas kurenung dan amati potret ini...

Secara peribadi, memang ku menyayangi gadis ini seperti anakku sendiri. Yup, dari raut wajahnya memang ada iras2 mukaku..lalu terdetik dalam hati ini..adakah begini rupa anakku andai kumiliki anak gadis sendiri?

Mardha.seorang penyayang, tidak mementingkan diri sendiri, sering bertolak ansur dengan rakannya dan senyuman manisnya amat menyenangi diriku.

Mardha, semoga kekalkan sikap ini dan terima kasih kerana berkongsi kenangan bersama cgu.
Kenangan bersama akan sentiasa mekar di blog ini.

Thursday, November 25, 2010

Homemade chocolate

I'm back!!~tetiba hati meronta-ronta nak buat coklat sendiri kat rumah. Minggu pertama persekolahan saban hari meng'gooogle' cari cmna nak buat coklat ni tp ermm hampa je. Pastu ntah macam mana terjumpa satu blog yg mengajar ilmu ni so apa lagi..malam tu juga terus membuatnya. Kebetulan bahan-bahan yg perlu, ada dah di rumah.

Pertama kali buat~fuhh nampak mudah tapi rupanya cerewet...abis comot smua coklat yg kubuat.(Nak tahu sebabnya?? Apa lagi tak cukup alatlah).Biarpun comot tapi rasanya..wowwow..sedapppp.

Selepas kali pertama buat, hatiku tak sabar untuk membuat sepertimana org lain buat untuk jualan tu. Tak lena tdur malam dibuatnya. Tak sabar nak tunggu siang. Malangnya apabila subuh menjelang..Ya Allah! pening pula kepala ni..Sepagian jugalah dok terlantar atas katil hinggakan untuk keluar bersama anak didik & kawan-kawan untuk bermain bowling tak dapat kusertai.Kecewa juga tapi inilah padahnya kalau tdur malam terganggu.

Namun, selepas solat asar barulah badan ini terasa pulih semula dan semangat  untuk membuat coklat muncul kembali. Tepat jam 6.00 petang, ku terus meminta anak sulongku menghantarku ke kedai menjual bahan-bahan membuat kek dan sebagainya. Setibanya di kedai..hmpir gila ku dibuatnya (huhu bukan gila tak siuman tau), macam-macam acuan yang ada. apa lagi macam budak kecil yang nampak barang mainan~kuambil sini,kuambil sana....dan... bila nak membayarnya..hampir terjojol biji mataku.RM88.90.Haha~bayar je lah.

Sekembalinya di rumah, terus kumembasuh semua peralatan yang baru kubeli. Selepas solat maghrib.. cehwahh lagak seperti chef wan kuterus membuka langkah membuat coklat dengan lafaz bismillah.....Dan akhirnya taraaaaaa~inilah hasilnya. Puas hatiku. Ohh dunia lihatlahhh...(rasanya kalau buat bisnes memang berbaloi sangat-sangat ni. Untung besar..punya..)


Wednesday, November 24, 2010

Nostalgia

Sekarang ni duniaku sememangnya banyak dihabiskan di sekolah bersama dengan anak-anak didikku dan rakan-rakan di sekolah. Aku lupa terus akan kehidupan masa silam ketika zaman persekolahan dan alam kanak-kanak. Tanpa diduga tetiba melalui Facebook ramai kenalan lama menerjah kembali yang membuka nostalgia silam.

Ya Allah~ terharu bila melihat rakan-rakan semasa sekolah rendah berhubung kembali pada usia yg hampir mencecah setengah abad ini. Menitis airmata terharu dengan penemuan ini biarpun secara maya. Raja Faridah Raja Sirajuddin yang sama tarikh lahirnya dgn diriku rupanya kini berada di Bahrain.  Rakan & juga bau2 bacang dengan diriku ini adalah seorang yg memang bijak & berada orgnya.

Selepas itu, diri ini dikejutkan lagi dengan ujudnya kumpulan Ex- georgian 1964~ melalui post ex- georgian, wowww..... gambar tahun 1 pun ada tapi malangnya,.aku sendiri telah lupa dan tak ingat langsung yang diriku berada di tahun 1 apa? Melalui gambar-gambar tu sedikit demi sedikit ingatan silam muncul kembali walaupun dalam samar-samar. Ye masih kuingat Adznor, Zulkarnain Ali, Sheikh Hasnan, Shukor, Ahmad Fadzil Subandi, Waheeda,Tzalmah, Salina kedah dan Rusnah yusof...

Apabila teringat kisah silam~yup buat pengetahuan anak didikku..cgu akan menitiskan airmata...cgu asalnya org susah yg sering berjauhan dengan ayah yg bekerja jauh diperantauan ketika zaman kanak-kanak. Cgu membesar bersama mak, kakak dan abg. Dulunya hanya surat yg menghubungkan kami bersama ngn ayah..
Sekalung tahniah dan peluk cium buat emak yg sabar, tabah. dalam mengharungi kehidupan membesarkan anak2 tanpa suami disisi. Ayah ada bersama keluarga semula bila diriku berada di sekolah menengah.

Ketika zaman sekolah rendah..diri ini terlalu kerdil untuk bersaing & belajar bersama rakan-rakan yg rata-ratanya semua anak org berada. Betapa terasa rendahnya diri ini.. Dulu nak mendapatkan sebuah buku 'Enid blyton' pun susah nak dpt sedangkan itulah buku siri penyiasatan yg amat kugemari membacanya pada ketika itu. Nak pinjam pada kawan2~sedihnya ada yg berkata mak tak beri pinjam ..Bayangkan..

Pada zaman kanak2, diriku membantu emak menjual nasi lemak, jual penyapu lidi, bekerja di kilang membuang tangkai lada kering..dan macam-macam lagi....(Tak sangkakan??) Sesungguhnya memang terlalu byk pancaroba yg kulalui pada zaman kanak-kanakku.Owhh~bergenang airmata mengingatkan semuanya ini kembali.

Kini semua tu telah berlalu~bersama azam dan tekad, kami adik beradik bangun daripada kesusahan. Syukur alhamdullilah dengan apa yg kumiliki sekarang. Akibat dari kesusahan silam untuk mendapatkan buku cerita...selepas berkahwin dan miliki anak..kuujudkan mini library di rumah.

Pada tanggal 17 Disember ini, kawanku telah mengundang diri ini untuk menghadiri reunion ex georgian 1964., perlukah diriku pergi?? Perlukah? Ntah kenapa perasaan rendah diri masih menebal lagi untuk bertemu mereka biarpun disudut hati ini amat kepingin untuk bertemu).Kini diri ini rasanya lebih selesa bersama rakan2 di sekolah & bersama anak didikku..

Oooohh~anak didikku..nostalgia lama ini menjadikan cgu seperti diri cgu yg kalian semua kenali. Cgu sayang kamu semua & sedikitpun tiada perasaan pilih kasih. Cgu mudah didekati..Cgu takmau ada antara kamu tersisih spt mana yg pernah cgu alami dulu. Resam dunia...anak org kaya diutamakan sedangkan yg susah sering dipinggirkan tp ermm cgu tak demikian.

Nostalgia~nostalgia memang betul-betul nostalgia..suka-duka...pilu...silih berganti..
So pesanan untuk semua anak didik yg membaca blog ini~ belajarlah sungguh-sungguh. jangan beri org pandang rendah kat diri kita..ingat di mana ada kemahuan..di situ ada..HIGHwayyyy...kalau kita org susah,jgn jadikan kesusahan itu penghalang segalanya..kalau sebaliknya kita anak org kaya..jgn perlekehkan rakan yg susah. Hidup adalah satu pusingan roda. Ada kala kita di atas & ada kalanya pula kita di bawah. Biar apapun yang penting..bekalkan diri dengan ilmu yg secukupnya....Ilmu dunia dan juga ilmu akhirat~insyaAllah

Lagi~lagi ~ Outing

Isnin 22~ November keluar lagi bersama 3 orang anak didikku..Ermmm pastinya ada yg jelez lagi. Uishh sudah-sudahlah tu... takyah jeles-jeles lagi ek. Kamu semua cgu dah anggap macam anak sendiri.
Kali ini lokasi yang dipilih ialah Teluk Cempedak.. Berjalan bersama 3 org anak gadis ni...tak kering gusi dibuatnya..asyik ketawa je...mcm2 hal dibuatnya..(cmna cgu tak awet muda~haha perasan suda...)
Selepas makan-makan & jalan-jalan ...singgah di kedai..hiasan. Biasanya berjalan keluar bersama anak sendiri..lambat lagilah nak singgah ke tempat-tempat yg mcm ni...(huhu~anak sendri semuanya lelaki)
Agak-agaknya macam manalah diriku kalau ada anak perempuan sendiri ye..
Eh..eh... jom layan gmbar-gambar ni..

Berjalan menuju ke KFC~TC
   




















Raja Rosidah
                                          

Minmin
                                                

Saturday, November 13, 2010

Outing

Pertama kali dalam sejarah, hari ini pergi tgok wayang bersama ngn anak2 didikku.Memang happening.
Pada usia begini tgok wayang? Ermm..oklah~jgn tidak kata org.. Terima kasih kpd hubby yg memberi keizinan & telah menghantarku.


Wayang bermula pkul 2.35 ptg so sempatlah kami mkn KFC dahulu. Tak disangka di sini punyalah ramainya org dan apatah lagi di sekitar panggung wayang tu. Owhh~tersangatlah ramainya.Tetiba ada yg menyapaku..masyaAllah rupa2nya bekas anak didikku, sorang demi sorang bersalaman. Masing2 dah besar panjang dan berbeza betul penampilan mereka. Terharu!! Masih kenal mrk ni akan diri ini.

Tepat jam 2.35, selepas membeli popcorn dan air, bersama dgn 6 org anak didik, Dayat, Mat Top, Safwan, Iqah, Mardha & Umairah terus melangkah masuk ke dlm panggung. Errmm nak tau criter apa? Ohoho cerita kartun la...'Megamind' . haha lawak juga criter nih~enjoy tak kering gusi. Kelakar!!

Thanks  Dayat, Mat Top, Safwan, Iqah, Mardha & Umairah. Kalau bukan kerana kamu, tcer memang takkan jejak kaki ke dlm panggung ni. Sesungguhnya tahun ini memang akan tinggalkan byk kenangan buat diriku. Semakin meningkat usia, semakin sayang diriku akan anak2 didiku. Mereka bagaikan anak2ku.























Thursday, November 11, 2010

Akhirnya.......

Keputusan UPSR telah diketahui umum. Syabas & sekalung tahniah buat semua anak didikku yg telah berjaya dgn cemerlang. Apabila bancian dibuat, syukur alhamdulillah subjek Maths bagi dua kelas tahun 6 yg kuajar menunjukkan pencapaian yg memang kuimpikan. Kelas 6IK, daripada 35 org murid hanya 3 org aje yg memperolehi B. Biarpun agak terkilan tapi kuredha dgn keputusan ini. Bagi Kelas ke-3, Kelas 6AF, daripada 32 calon,12 drpnya memperolehi A, 13 org B dan 7 org C. Lulus semua! Ya Allah, syukur alhamdulillah.
Akhirnya~kurasai betapa anak didikku hargai diri ini.

TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!

Wednesday, November 10, 2010

Saat mendebarkan telah tiba.

Esok 11 Nov 2010~ saat dinantikan muncul jua. Apa jua keputusan terpaksa diterima dengan hati yang tabah. Tabah ke??? Inilah persoalan yg mudah diperkatakan tp sukar utk menghadapinya. Gembar - gembur telah didengari. Yes! keputusan meningkat. Berapa?Alaaa sikitnya. Betul ke? Baru dengar gembar-gembur, airmata dah bercucuran. Esok entah macam manalah. Ermm memang mendebarkan.
Kalau betul apa yang didengari, syukur alhamdulillah, sikitpun sikitlah. Bak kata cgu Hisham janji meningkat juga.Ok perkembangan seterusnya~tungggguuuuu!!!

Tuesday, November 9, 2010

Penantian satu penyeksaan

UPSR Oh UPSR~rata2 anak murid semua dalam debaran. Pagi tadi setibanya di sekolah, smbil menjalankan tugas menguruskan murid2 RMT di kantin pelbagai gelagat murid tahun 6 yg dpt kuperhatikan.Muka masing-masing, masyaAllah tak ceria langsung ..ermmm bila fkir tentang result je lah kan tp kalau bab-bab lain,owhh lupa diri~kan3x. Sabar je lah anak didikku akan tiba tarikhnya keluarlah keputusan UPSR nanti. Biarpun penantian itu satu penyeksaan tapi dari sinilah seseorg itu dapat menguji kesabarannya. Sebenarnya para guru Tahun 6 lagi lah tak lena tdur wahai anak didiku.

Monday, November 8, 2010

Wahhh~ pandainya!!

Hari ni dalam sejarah. Sape sangka pada usia begini tetiba buat blog lah pulak. Ni semua gara2 dua org anak didikku yg kecil2 cili padi dlm senyap2 mrk mengajar cgu Azman secara maya membuat blog. Bila cgu Azman menunjukkan blog yg telah dibuatnya..ermm apa lagi on the dot gak..panggil mrk ni  dan taraaaa terhasillah blog ini. Terernya mrk ni ~ zup zap,zup zap tekan sana tekan sini hinggakan terbeliak.... mujur tak terjojol je biji mata ni mengekori jari jemari mrk yg lincah menunjukkan apa yg perlu kubuat.(Uishh kalau cgu yg mengajar laju sgt~komplen tp mrk ajar kita laju semacm je takpe lah pulak ye?) Riuh sekali mulutku blajar ngn diaorg ni.~Mardha oh Mardha & Iqah Ohh Iqah kecil2 cili padi. Ada juga kenangan utk ditinggalkan buat cgu ye.Terima kasih & huhu I'm gonna miss U.