Calendar


SEMOGA HARI - HARI MENDATANG LEBIH BERMAKNA DALAM HIDUP KITA

Sunday, November 28, 2010

Bakat terpendam?

Eh, eh apa pulak ni? Semenjak duamenjak ni..uishh betul ke? Arghh belasah je lah....ramai pulak yg memberi komen pada diriku bahawa aku memiliki bakat terpendam di bidang penulisan ni..Owhh..ya ke? Kenapa tiba-tiba je ni?

Pulak tu malam tadi, menerima komen dari rakan sejawat~"Wah, hebat..tapi kenapa tajuknya loghat Nogori sdgkan penulisan bahasa formal...uishh soletkan bahaso nogori ngn kelante lagi ada umph. Bahasa tu no 2 & gaya penulisan tu yg no 1." haha tergelak kumendengar komen ini...Jap-jap nanti eden torai yo..

Sebenarnya bidang penulisan memang kuminati sejak zaman sekolah menengah lagi tapi hasratku tak kesampaian apabila permohononku untuk mengikuti jurusan kewartawanan tidak berjaya. Masih kuingat betapa ayah bertolak dari Seremban ke Kuantan menemuiku subuh-subuh hari semata-mata untuk memaklumkan yang diriku mendapat surat panggilan temuduga 'Mass communicatian' di ITM suragate Dungun ( tak silap tahun 1984), gembiranya hati bukan kepalang. Itulah pengorbanan seorang ayah dan ayah bersama emak serta kakak menemaniku menghadiri temuduga tersebut. Terima kasih ayah! terima kasih emak!

Berbalik kepada temuduga~perghhh..aku betul-betul fobia. Gara-gara temuduga untuk kursus kewartawanan inilah.buatkan aku benci akan temuduga. Bayangkan ketika melangkah kaki masuk ke bilik temuduga  Masih tergiang2 di telinga, "kamu ni kalau nak temuduga wartawan, jgnlah bertudung, kalau pakai baju kurung dan bertudung macam mana kamu nak jadi wartawan dan blaa blaaa...blaa...." bertubi2 soalan yang diajukan yang tidak sempat nakku jawab dan akhirnya diriku disuruh keluar. Salahkah seorang gadis yang bertudung menghadiri kursus kewartawanan ini? Salahkah? Kejamkan! Ketika itu diriku masih mentah lagi..dan tak tau apa-apa. Kududuki juga ujian bertulis dan pastinya entah apa2lah yang kujawab setelah apa yang kulalui. Akhirnya seperti yang telah dijangkakan, permohonanku gagal. Semenjak itu berkuburlah hasratku.

Kini..semua berlaku secara tiba-tiba. Melalui blog ini..yup! rupanya kuboleh mencurahkan segala2nya di sini. Satu kepuasan dapat dirasai apabila dapat mencurahkan apa yang terpendam...

Owhh~bakat terpendam? Mungkin! Haha~jangan badak berendam suda..

Buat rakan-rakan dan anak didik  terima kasih kerana sudi memberi komen dan meluangkan masa di blog ini.
Lepas ini, eden nak guno loghat nogori pulak yo...atas permintaan..hehe mampukah eden?? Ermm eden toraiii~tungguuuu...

No comments:

Post a Comment