Calendar


SEMOGA HARI - HARI MENDATANG LEBIH BERMAKNA DALAM HIDUP KITA

Tuesday, November 30, 2010

Karipap Special

Apakah yang tergambar di fikiran apabila mendengar karipap special? Pastinya kita membayangkan yang best, sedap dan lain daripada yang lain, betul tak? Ermm inilah yang eden bayangkan.

Semalam kuteringin nak membeli karipap di Taman Gelora yang memang terkenal dengan rupa karipapnya yang hodoh tapi rasanya sedap, lalu kupasang angan-angan selepas pergi melawat kawanku yang akan berpindah ke Johor, aku akan singgah untuk membelinya.

Selepas beres semua kerjaku di rumah, kuterus melangkah keluar bersama dengan seorang teman. Destinasi pertamaku adalah ke rumah rakanku yang akan berpindah. Setibanya di sana, kulihat ada 2 buah lori Freight Logistics dan 2 buah lagi lori panjang yang biasa.(Amboi, banyak betul perabut rakanku ini). Kulihat ada ramai pekerja yg menyimpan barang-barang tetapi kelibat rakanku masih tidak kelihatan. Penatlah kumemberi salam tapi rupa2nya rakanku bersama ahli keluarganya telah keluar ke bandar. Sungguh tak kuduga betapa Ijat sanggup meninggalkan rumahnya dalam keadaan begini  tanpa diawasi dan aku pulak yang terlebih risau...~ ermm Ijat oh Ijat. Wei, sempat lagi nak bershopping sebelum pindah?


Lebih kurang sepuluh minit menunggu dan selepas menelefon kawanku, akupun bergerak menuju ke gerai karipap. Tak sabar dah rasanya nak makan. Rakanku pula, ternyata banyak sungguh urusannya yang belum selesai di luar so kubiarkan dia dengan urusannya dan InsyaAllah panjang umur kita jumpa lagi.

Aku terus dengan misiku untuk membeli karipap. Namun agaknya telah tersurat untukku, hari semalam adalah hari malangku, gerai karipap tersebut pula tutup. Adakah aku terlalu awal ke gerai tersebut atau gerai itu sememangnya tutup? Hampa! Tiba-tiba rakan yang menemaniku dari awal tadi bersuara, ' takpe. kita gi kat satu tempat ni, karipapnya 'karipap special', lagi sedap dan saya pernah makan.'   Apa lagi, bila mendengar saja 'Karipap Special' lantas kuajak lah rakanku ini pergi ke Gerai Karipap Special.di.....(biarlah rahsia).

Setiba di gerai kulihat memang banyak karipap yang dijual di situ, lalu kutanya yang mana satu karipap specialnya? Lawak tak pertanyaanku? Secara telus, memang aku tak nampak satupun yang special?
Seorang jejaka menunjukkan padaku akan karipap special . Owh~indah khabar dari rupa tapi ku'order' jugalah dan sambil meng'order' kuleka memerhatikan 3 org pekerja di situ membuat karipap. Ada seorang sedang mencanai kulit karipap dengan  dua saiz, saiz besar dan saiz kecil, di tengah2nya ada sebesen inti karipap dan telur rebus yang telah dibelah empat manakala dua org lagi asyik mengisi bahan inti karipap dan mengelim tepinya. Eh,apa yang special?, detik hatiku. Karipap kecil, itulah intinya dan karipap special, itu jugalah intinya cuma diisi telur rebus di dalamnya. Grrrrr~Tipah tertipu.. Karipap Special tak seperti yang kubayangkan. Rupanya sama je, tak cantik manapun

Apabila berada di dalam kereta kumembebel pada rakanku..yang hanya tersenyum melihatku.. Kalau kutahu macam ini memang ku tak akan sampai di gerai ini  Rasanya biasa-biasa aja tak seperti yang kubayangkan. Ya Allah, tak payahlah buat label karipap special kalau macam gitu rupanya. Jauh mana sedapnya lagi karipap di Taman Gelora tu dan harganya pun lebih berbaloi daripada karipap special nih.

Buat kawanku, sori to say, memang citarasa kita berbeza. Kalau kutahu memang kuberi rakanku bawa balik lebih karipap special ini sebab tentunya tidak membazir  seperti sekarang ni. Nampaknya karipap special yang masih berada di bawah tudung saji di rumahku ini..akan ke bakul sampah jualah akhirnya..

No comments:

Post a Comment