Calendar


SEMOGA HARI - HARI MENDATANG LEBIH BERMAKNA DALAM HIDUP KITA

Friday, December 31, 2010

Ku Terpenjara Di rumah Sendiri

Lewat jam 4.00 ptg tadi, aku telah terpenjara di rumah sendiri. Kenapa?? Huhu di hadapan rumahku, kerusi meja telah diatur untuk majlis perkahwinan anak jiranku. Sekembalinya dari bandar seawal 12.30 tengah hari dan selepas solat Jumaat hubbyku masih boleh 'parking' kereta di hadapan rumah. Namun selepas jam 4.00 ptg tadi apabila suamiku hendak mengalihkan kereta ke luar ke persimpangan jalan, kelihatan kerusi meja telah disusun di bawah khemah. Apa nak di kata 'chempedak dah jadi nangka', kami saling berpandangan dan nampaknya hingga ke petang esoklah baru boleh kami keluar. Uwaaaa~

Malam ini, kedengaran riuh rendah di luar rumah, ermm patutpun, rupanya majlis akad nikah berlangsung pada malam ini. Ermm itulah hidup berjiran zaman sekarang. Memang diriku tidak tau apa2, yg ku tahu hanya esok saja jemputan ke majlisnya.

Tetiba, 'bila cinta... kini.. tak lagi bermakna..yang ku rasa.. kini.. hanyalah nestapa' ringtone msg nsetku berbunyi. Owh, si Iqah Pikah rupanya yang msg untuk mengajakku keluar ke bandar esok pagi bersama rakan-rakannya yang lain. IQah~Iqah~ sori tcer terpenjara di rumah sendri. Apakan daya..

Sesak

Hari ini di sana sini sesak dengan kenderaan & orang ramai yg berpusu-pusu ke pasar raya untuk membeli peralatan persekolahan anak-anak mereka. Almaklum cuma tiga hari sahaja lagi persekolahan sesi 2011 bermula.

Aku seperti biasa bila hubby bercuti, selepas sarapan akan menghabiskan masa di luar. Kali in aku tidak pulang ke kampung kerana baru minggu lepas, aku pulang ke kampung selepas melawat anakku di Gombak. Sememangnya, cuti-cuti hujung minggu memang aku jarang berada di rumah. Duniaku pada hujung minggu pastinya ke KL, Seremban & Melaka ataupun ke Kuala Rompin. Sepatutnya hari ini, aku balik ke rumah mertuaku tetapi terpaksa ditangguhkan kerana jiran di hadapan rumahku akan melangsungkan perkahwinan anak perempuannya pada hari esok. Mungkin kalau tiada aral, aku akan pulang ke Rompin pada hari Ahad nanti, insyaAllah. Harap-harapnya jalan ke Kuala Rompin tidak dinaiki air.

Tepat jam 10.00 pagi, selepas bersiap, ingatkan bolehlah aku keluar ke bandar tetapi malangnya di luar, betul-betul di hadapan pintu pagar rumahku orang sibuk memasang khemah. Rupa-rupanya sepanjang lorong kawasan rumahku dipasangi khemah. Ermmm hubbyku keluar berborak sajalah dengan jiranku. Hanya tepat jam 11.30 pagi barulah keretaku boleh bergerak. Inilah untungnya kereta kecil, boleh juga mencelah bergerak keluar.

Destinasi pertamaku ke ECM(East Coast Mall) Biarpun ECM hanya sejengkal dari rumahku, namun disebabkan hujan dan juga jalanraya yang sesak dengan kenderaan, hampir setengah jam juga baru kusampai ke ECM. Sesampai di sana, fuhh ramainya manusia. Anak-anak remaja yang couple berpeleseran d sana sini. Tiba-tiba ku tersenyum sendirian, eh, akupun couple juga ~ haha couple. Ye aku berdua sahaja dengan hubby macam saat-saat d awal perkahwinanku.

Di ECM aku leka memerhatikan gelagat orang. Aku leka melhat anak-anak kecil merengek meminta itu dan ini dpd ibu atau ayah mereka. Ada juga kulihat sekeluarga yang berderet-deret anak mengekori ibunya dari belakang. Kashannya!! Ada anak yang atas dukungan dan owhh~ sesak, sesak nafasku melhat situasi ini. Di ruang legar, di Parkson, Carefour, KFC, Johnny, memang penuh sesak dengan manusia-manusia yang entah dari mana datangnya. Hubby mengajak aku makan atau beli saja makanan untuk di bawa pulang tetapi seleraku tertutup. Akhirnya ku ajak hubby kupulang dan aku sendri yang masak. Puas! masak sendiri lebih baik dpd beli.

Thursday, December 30, 2010

Hyundai Sonata

Papaku pulang dari kota,
Papaku belikan kereta,
kereta kecil warna merah,
boleh kubawa ke sekolah~
Owh,itulah nyanyian famous zaman kanak-kanakku

Kini bersyukur dengan rezeki yang ada, hubbyku menghadiahkan sebuah kereta buatku. Tidak terlintas untuk bermegah cuma ingin lahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas apa yang kumiliki sekarang. Dulunya bagi sesiapa yang membaca dari awal kisah nostalgia silamku, pasti dapat selami perasaanku sekarang. Syukur masa telah merubah segalanya. Nostalgia silam memang memberi seribu pengertian dalam hidupku dan akhirnya rentetan nostalgia itu, aku berjaya berdiri sama tinggi & duduk sama rendah dengan rakan-rakanku dahulunya.

Syukur! Syukur Alhamdulillah. Semoga Allah merahmati kehidupanku sekeluarga di dunia dan di akhirat kelak. Aminn!!

Wednesday, December 29, 2010

Azam Baru

Tahun 2010 akan melabuhkan tirainya dalam beberapa hari sahaja lagi. Terasa memang begitu cepat masa berlalu. Sana sini telah kedengaran ramai anak didikku punya azam baru. Oit ye ke tu?

Azam baru? Kenapa azam baru mesti muncul awal-awal tahun baru sahaja ye? Pelik!! Alangkah eloknya, kalau azam baru itu muncul tiap-tiap pagi sebaik bangunnya dari tdur. Rasanya mau saja aku muncul sebagai pakar motivasi untuk menggerakkan minda anak-anak bangsaku di luar sana. Nasihatku tidak usahlah tunggu tahun baru, baru hendak berkobar-kobar dengan azam baru. Rasanya semangat yang berkobar-kobar itupun bertahan hanya seminggu dua saja. Betul bukan??? Arghhh~selalunya hangat-hangat tahi ayam!!

Justeru perbetulkanlah niat kita. Sekiranya ingin berjaya seperti orang-orang yang telah berjaya, perbaikilah kelemahan diri setiap hari, sedikit demi sedikit. Inlah azamku setiap pagi. Bangunlah seawal pagi kerana seawal pagi, pintu rezeki memang terbuka buat kita...insyaAllah!!

Kini 2011 akan muncul, harapanku biarlah mentari terus bersinar untuk memberi cahaya dan nafas baru yang lebih segar.

Azam baru oh azam baru, selagi bernyawa biarlah hari-hari muncul dengan azam baru yang lebih bermakna. Bukan senang nak jadi senang dan bukan susah nak jadi susah. Semuanya d tangan kita. Tepuk dada tanya selera!! Anda ada 60 saat dari sekarang. Renung-renungkanlah dan selamat beramal..(sori Nabil & Prop Izzy)

Monday, December 27, 2010

Sekolah Oh Sekolah

Semnggu lagi sesi persekolahan 2011 akan bermula. Rasanya macam baru semalam aja bercuti tapi ni tup! tup! tau tau dah nak ke sekolah semula. Owhh, apa pula cabaran yang akan kuhadapi untuk tahun 2011 nanti.

Awal persekolahan nanti, pastinya diriku akan terasa kehilangan anak2 didikku tahun 6,2010. Muka2 mereka pastinya tidak akan kelihatan lagi dan yang tinggal hanya tempat duduk mereka. Akan menitiskah airmataku nanti tanpa mereka?

Kini semua persiapan P & P telah kusiapkan. Kalau orang lain sibuk membeli alat persekolahan untuk anak2 mereka, aku juga tidak ketinggalan untuk itu. Biarpun aku tidak punya anak yang bersekolah lagi, namun aku tetap menyibuk untuk membelinya. Eh, untuk siapa?? Haha untuk diriku sendrilah.

Sekolah oh sekolah, aku sebenarnya memang tak sabar untuk ke sekolah semula. Duduk di rumah seorang diri menjadikan aku asyik makan, tengok tv & tidur tanpa mengira waktu. Bayangkan sebelum cuti sekolah beratku hanya 57 kg dan empat hari yang lalu bila ku timbang d rumah emak, beratku telah menjangkau 61.5kg. Huhu patutlah aku terasa mengah apabila turun naik tangga.

Harapanku bla sekolah dibuka semula, aku dapat menurunkan berat badan ku kerana yang pastinya apabla diriku sibuk dengan tugas, secara automatik badanku akan kembali normal~insyaAllah.

Friday, December 24, 2010

Kesibukan telah mula melanda diriku

Minggu ini diriku telah mula sibuk dengan tugasan baru untuk sesi 2011. Setiap tahun situasi inilah yang dihadapi oleh seorang insan yang bergelar guru. Buku persiapan mengajar perlu dilengkapkan sebelum sesi pesekolahan 2011 bermula. Program Pengajaran & pembelajaran perlu diagihkan mengikut mingguan dan macam-macam lagi.

Bermula dari 20 hb Disember, diriku bersama rakan-rakan yang lain asyik berulang ke sekolah menghadiri mesyuarat demi mesyuarat. Pada 21 Disember, tarikh inilah kami ketua-ketua panitia berkesempatan bertemu dengan Guru Besar baru iaitu Tn Haji Yunus. Syukur alhamdulillah pertemuan ini biarpun sekejap, memberi seribu makna buat kami. Betullah kata-kata beliau, pengalaman itu sebenarnya merupakan kekuatan kita.Yup! setelah hampir 23 tahun diriku mengajar, aku semakin seronok dan penuh keyakinan mendidik anak bangsaku. Aku pelik kenapa ada sesetengahnya berpendapat semakin lama mengajar semakin malas dan menurun prestasi seseorang itu. kenapa? Uishh aku marah sungguh dengan orang yang beranggapan begini.

Ini aku nak buktikan, dalam tempoh dua hari saja semua kerjaku dah beres. Buku rekod pengajaranku telah lengkap semuanya Dari rancangan tahunan, hinggalah kepada nama-nama pelajar baruku dengan nilai mulanya. Aku puas!! Prinsipku mudah saja, di mana ada kemahuan di situ ada jalan selain daripada hendak seribu daya.

Biasanya, apabila aku telah mula bekerja, aku akan beri tumpuan sepenuhnya. Itulah sebabnya agak lama juga diriku tidak melawat blogku sendiri. Malam ini setelah siap semua kerja2ku...tiba2 terasa rindu untuk berbicara di sini. Oh blogku, selepas ini nampaknya ..masaku adalah terhad untukmu..

Wednesday, December 22, 2010

ReUnion~17 Disember 2010~



Dalam diemma antara pergi atau tak pergi~akhirnya kupergi jua. Terima kasih kepada sahabatku suami isteri~Zurina & Hanafi yg sanggup mengambilku di rumah emak. Kalau tidak kerana mereka memang ku takkan pergi memandangkan di rumah sibuk dengan persiapan kenduri kahwin anak saudaraku. Terharu!!Sahabatku dari Putrajaya sanggup mengambil dan menghantar kupulang.

Kini bila melihat gambar2 yg sempatku snap, rasanya tak sangka kami semua telah berusia 46 tahun. Gelagat kami bila berjumpa tak ubah seperti zaman persekolahan dulu. Masing2 nak berckp dan mlm itu yg kuingat aku hanya makan 3 cucuk sate sdgkan makanan melambak2. Itulah diriku bila telah berjumpa kwn2. Memang aku gembira yang amat sgt.

Mengimbau kembali saat kumelangkahkan kaki ke arah teman-teman,dari jauh kudengari namaku disebut. Wow~masih ingat lagi mereka akan diriku biarpun telah 34 tahun tidak bertemu. Rata2 mengatakan raut wajahku, percakapanku, senyum & gelak tawaku, masih seperti dulu. Syukur alhamdulillah tapi yang tak bestnya~huhu ramai yg mengatakan diriku berisi~ertikata lainnya gemuklah tu..dari dulu. Ohh! tidakkkkkk!!

Mike, Marina, Rosnah, Jai. Ipin, Khair, Subandy, Niza, Halim, sally, Yati, Zizah, Katrin, Zurina, Sheikh Najib, Saad, Zul, Zaiful, Hanafi, Hasnan, Ravi,Hana, Sabrina, Marzita, Midah, Zulfaa, Rosli, Noraishah, azlina, Tzalmah, Suhaimi, itu ajelah antara nama2 yg masih kuingat dan yg lain2nya banyak dah lupa. Maaf!

Malam reunion banyak membangkitkan nostalgia silam. Terima kasih buat Khair yg sanggup menyanyikan sebuah lagu yg ditujukan khas buat diriku ~Taman Rashidah utama.
Eh,eh ada makna ke tu?? Semua org memandang ke arahku~why?? Si Ipin pula, ewah gemersik alunan suaranya..terpukau seketika. Ipin memang tak berubah, macam dulu2 juga...antara kenalan yg paling kuat menyakat org zaman dahulunya..

Reunion Oh Reunion, dalam kegembiraan terpalit juga kesedihan. Kesedihan dirasai apabila mendapat tahu, seorg sahabat baik iaitu Awang telah pergi buat selamanya. Terkedu seketika sebab sebelum ini ketika membelek2 album lama di rumah emak, ada kumelihat gambar arwah tetapi bila sekembalinya dari reunion ku cuba mencari gambar arwah tetapi ntah ke mana hilangnya pula. Ingatkan nak kuupload gambar itu utk tatapan dan kenangan abadi buat teman2 yg lain tapi hampa. Apapun, semoga roh arwah di tempatkan di kalangan org-org yg beriman.InsyaAllah.

Selepas ini, andainya umur panjang dan ada reunion lagi takkan kulepaskan peluang utk bersama kawan2ku.

Terima kasih buat suamiku yg mengizinkan ku pergi. Biar kemana jua berada, suamiku tetap di hati. Insan yg paling kusayang selepas ibu bapaku.U'r my everything!!

Perkahwinan Anak Saudaraku


Syukur alhamduillah anak saudara sulongku Ahmad Mukhlis B. Ahmad Roslan telah selamat diijabkabulkan pada tanggal 11 Disember 2010. Syabas dan tahniah makcik ucapkan. Semoga perkahwinan ini kekal abadi hingga akhir hayat.

Majlis menyambut menantu pula telah dibuat pada 18hb Disember 2010 di Spanish Villa, Seremban. Suasana gembira menyelubungi kami sekeuarga. Biarpun penat menguruskan segala2nya, memandangkan kami hanya berlima beradik namun berkat kasih sayang kami yang tidak berbelah bahagi, segalanya dapat diaksanakan dengan baik. Seronok meihat anak2 buahku serta anak2ku sendiri berganding bahu menjalankan tugas yang telah diagih-agihkankan. Kuberdoa semoga hubungan kekeluargaan kami kekal utuh selamanya. InsyaAllah~Aminnnn

Monday, December 20, 2010

Rumahku Syurgaku

Yup! syukur alhamdulillah setelah seminggu meninggalkan rumah, hari ini kukembali semula ke rumah. Memang betullah rumahku syurgaku. Aku betul2 rindu akan rumahku.bagaikan anak kecil yang rindukan akan bantal busuknya.

Thursday, December 9, 2010

Hipokrit

Hipokrit? Istilah lainnya talam dua muka.  Eh, talam ada dua muka ke? Ermm cari sendirilah ye.

Sebut pasal hipokrit, memang ku tak menggemari perkataan ini. Kenapa ada org boleh hidup dengan cara hipokrit sedangkan aku nak menyebut perkataan inipun rasanya  menyampah yang amat2.

Kepada sahabat atau sesiapa jua insan yang suka hidup dengan cara ini, cukup-cukuplah tu. Biasanya org yang hipokrit dalam keadaan sedar atau tidak, akhirnya pasti akan memakan diri sendiri. Percayalah! Orang yang pernah terkena  dengan si hipokrit, akan sentiasa ingat setiap apa yang dilaluinya. Sekali terkena, sampai bila-bila akan ingat tetapi si hipokrit mudah lupa so AWAS! si hipokrit. Jangan disebabkan hipokrit akan hilang segala kepercayaan seseorang. Sanggupkah hidup tanpa teman?

Semoga diriku dijauhi dari sahabat yang sedemiian rupa.

Wednesday, December 8, 2010

Bosannya!!!

Hari ini 8 Disember bersamaan 2 Muharram adalah hari yang paling bosan dalam hidupku. Aku bertugas di sekolah, lengkap dengan berpakaian formal duduk dalam bilik guru keseorangan. Apa aku nak buat ye? Kerja-kerja di pejabat semuanya diuruskan oleh Kinah, Fogi, Kuni, Dayah dan kak Mah. Aduhhhh! bosannya aku.

Di dalam bilik guru, tiada lagi suara riuh rakan-rakan, meja dan kerusi kosong sekosong kosongnya. Sepi! Anak didikku seorangpun tiada. Masing-masing pasti dengan kehidupan sendiri pada waktu cuti persekolahan ini. Yup! betullah kata-kata, 'siapa lah guru kalau tanpa anak murid'. Ohh! aku rindu akan suasana persekolahan.

Bermula dari seawal jam 8.00 pagi dan kini hampir pukul 12.00 tengahari, aku ke hulu ke hilir  tanpa tujuan. Kalau  nak mengawasi kawasan sekolah, ermm jaga kan ada. Jadi aku betul-betul tak faham apa tugasku sebenarnya lantas kubuka laptopku dan mulalah menjelajah dari satu blog ke satu blog rakan-rakanku.

Menjengok sebentar ke blog Mangganu3, barulah terhibur sedikit hatiku. Ku gelak sorang-sorang. Man..man seluar dalam vs cangkulpun ada ye. Kah3x.. Apapun kemudiannya, aku kembali bosan. Bosan sebosan-bosannya. Ijat, Kak Ani, kak Dah, Eli, Goh, Nizam, Man, Hisham,  Aliza, Neshi, Farma, Uril....kalau kalian ada pastinya suasana tak sedemikian rupa. Tetiba teringat akan gelagat rakan-rakanku. Kalau mereka ada pastinya riuh dan hiruk- pikuk bilik guru dibuatnya dan taklah aku sebosan ini.

Ya Allah, kenapalah lambatnya masa berlalu? Betul-betul satu penyeksaan buatku untuk menanti jam12.30 tengahari.

Biar Muka Hodoh Asalkan Jangan Cantik Tapi Bodoh

Wow, not bad tajuk ni kan. Sebenarnya kata-kata ini diambil dari satu laman web mengenai kecantikan. Ermm siapa yang taknak cantik, betul tak?

Sejak dari siang tadi, seperti biasa apabila tiada kerja yang perlu dibuat..aku mula melayari internet...alkononnya bershopping le. Kalau di luar, tentunya kakiku yang akan penat berjalan dari satu kedai ke satu kedai tetapi kali ini tanganku yang jenuh menaip dari satu website ke satu website yang lainnya. Penat juga weiii....Namun kehendak hati~ redah jugalah.

Mula-mula kumelayari butik-butik pakaian, kemudian ke produk kesihatan dan seterusnya kepada produk kecantikan. Apabila tiba kepada produk kecatikan ini, masyaAllah begitu banyak jenama rupanya. Kesemuanya macam bagus je bunyinya dan... Haha mula nak tergodalah tu. Tetiba aku terjumpa satu website,'anda ingin memiliki produk kecantikan dengan jenama sendiri?' Aku terus klik masuk ke web tersebut dan owh..patutpun....tak peliklah  banyak jenama kecantikan sekarang ni. Ada duit semua boleh jadi.

Selepas itu hasratku yang berkobar-kobar mulanya untuk membeli satu produk terus terbantut. Syukur alhamdulillah ku menjumpai website ini. Kalau tidak.......'abg, esok tolong bank in duit atas nama...dot..dot...dot. & dot.'

Kemudian kuterjumpa satu blog yang tercatat kata-kata 'BIAR MUKA HODOH ASALKAN JANGAN CANTIK TAPI BODOH'. Ohoho, macam perli je kata-kata ini, detik suara hatiku tetapi bila kuulangbaca banyak kali, ada kebenarannya  Heh3x... nasib baik kutidak tergolong dalam ketegori cantik tapi bodoh ye. Syukur Alhamdulillah, petikan ini menjadi penguat semangatku agar jangan mudah tergoda dan rambang mata untuk membeli sesuatu yang tidak pasti.

Monday, December 6, 2010

Bisness?

Tetiba je pagi ini diriku dikejutkan oleh seorang teman tentang bisness. Haha~ aku nak buat bisnes? Biar betul!
Pamerkan barang yg hendak dijual menggunakan blog ku ini? Uishh boleh ke?

Ermm~macam-macam sekrang ni ye. Semua orang mengejar impian untuk menjadi kaya. Yup! siapa yang tidak mahu menjadi kaya ye?.Namun bagiku..bukan senang nak jadi senang.

Bisness? Mungkin boleh menambahkan pendapatan tapi bisnes bukan 'line'ku. teringat akan kata2 temanku di sekolah~'Kak cdah ni apa saja yg dijual online..dialah org pertama yg order.'  Ohoho~ bukan semualah cuma ada barang tertentu je yang diriku berminat. Ha tengok tu, ada betulnya kata teman-temanku, aku tolong menghabiskan duit boleh le.

Apapun hari ini, terfkir juga, apalah salahnya kalau kucuba buat bisness online kat blog ku ini..kan3x.. Sebetulnya aku juga telah punyai ramai kenalan yang buat bisness secara online ini gara2 diriku adalah salah seorang pembelinya. Wow~ berangan sudah.

Bisness oh bisness~ Bisness apa yang ku nak buat ye?

Sunday, December 5, 2010

Prosecutor Princess & Oh! my lady

Touching! Ermm betul- betul menusuk kalbu. Selama dua hari ini disebabkan Prosecutor Princess dan Oh~my  lady, kulupa dengan dunia luar seketika. Huhu~ terlupa juga untuk melawat blogku ini.

Pada peminat cerita korea pasti dapat bayangkan betapa diriku begitu kusyuk melayan cerita ni.  Bayangkan disebabkan cerita ini ku bangun seawal pagi,membuat sarapan, mengemas rumah dan memasak untuk ahli keluargaku. Semuanya kulakukan seperti lipas kudung gara-gara untuk melihat kesudahan cerita ini..

Prosecutor Princess, selain heronya yang handsome dan heroinnya yang cantik, jalan ceritanya amat menarik. Begitu juga dengan Oh! my Lady. Wow, terkasima sekejap!

Nak tau  kisah selanjutnya~haha bolehlah pinjam Cd ni & layannnn....

Wednesday, December 1, 2010

Sejenak bersama kenangan 6IK dan 6AF

Awal persekolahan sesi 2010 diriku diamanahkan mengajar Matematik bagi kelas 6 Ik dan 6 Af.  Hari pertama menjejakkan kaki ke kelas memang tiada seorang pelajarpun yang kukenal sebab diriku tidak pernah mengajar mereka. Ya Allah satu cabaran buatku untuk mengenal mereka seorang demi seorang. Apabila melihat pada wajah mereka, ku beranggapan bahawa mereka semua terer akan subjekku tapi ... bila sesi pembelajaran bermula.masyaAllah~nak pengsan kudibuatnya. Anggapanku silap! Aku terkedu seketika.  Perasaan sedih, kecewa dan macam-macam lagi timbul di hati ini sehingga menitiskan airmataku sebab ramai rupanya yang lemah akan Matematik.  Mampukah aku untuk memperbaiki kelemahan ini dalam tempoh lapan bulan? Jerit hatiku. Maaf! Tapi inilah hakikatnya.

Seminggu  kumemikirkan langkah dan strategi yang harus kubuat untuk memperbaiki kelemahan mereka. Ku korbankan masa tidurku, mengedit bahan2 pengajaranku yg sedia ada biar bersesuaian degan tahap mereka, membuat latihan menggunakan powerpoint dan macam-macam lagi ikhtiarku. Sedih yang teramat apabila melihat anak bangsaku tidak boleh menguasai subjek ini, sedangkan subjek inilah yang paling mudah berbanding dengan subjek lain. Itulah luahan hatiku kepada anak didikku. Lantaran itu, setiap hari kuselitkan motivasi ketika mengajar, kuujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan agar anak didikku ini tidak bosan dan kusanggup lakukan apa saja buat mereka. Setiap pagi sebelum melangkah keluar ke sekolah, pasti kupasang niat untuk memberi ilmu yang terbaik buat anak didikku. Yup! yang terbaik buat kalian.

Hari demi hari dan dari bulan ke sebulan...syukur alhamdullillah kutelah nampak peningkatan mereka dan kulihat anak didikku telah mula mesra dengan diriku. Tanggal 2 Feb2010, membuktikan segalanya. Tanpa diduga sama sekali anak didikku telah membuat 'surprise birthday party' buatku. Owhh memang bergenang airmata dibuatnya. Baru sebulan bersama, anak didikku memberi kejutan buatku.Dari sini bermulalah segalanya~kuhargai anak didikku sepertimana mereka menghargaiku. Aku semakin seronok mendampingi mereka.

Hari-hari seterusnya hubungan kami semakin rapat bagaikan anak dan ibu..Aku  seronok mengajar mereka dan paling seronok apabila peningkatan mereka begitu menyerlah. Hilang segala penat lelahku.
Akhirnya apabila keputusan UPSR diumumkan..akulah orang yang paling gembira. Ya, Syukur alhamdulillah 6 Ik tidak menghampakan. Majoriti memperolehi A kecuali 3 orang saja yang mendapat B. Tahniah! Tahniah! Tahniah! Kalian membanggakan tcer.

Kini biarpun cuma 11 bulan bersama, memang terasa perasaan sayang buat anak didikku. Terlalu banyak kenangan bersama mereka untuk dikenang. Gelagat mereka biarpun ada di kalangan mereka yang nakal, tetap menghiburkan. Apabila keseorangan, wajah-wajah mereka jelas terbayang di mata. Nama-nama mereka kucatatkan di sini tanda diriku takkan melupakan mereka.


Mat top, Azmeer, Hidayat, Safwan, Shahrul Amin, Hisham, Syazwan Helmi, Khairul, Nadzem, Syafiq, Taufik, Lukman, Alif, Firdaus, Minmin, Qas, Ika, Farisha, Ena, Alia Mansur, Aliaa, Iqah, Ain, Mardha, Aida, Alina, Fatin Nadzira, Azneera, Dhania, Intan, Myra, Jamilah dan Wan Nur Atiqah~semuanya mekar di hati tcer.

Kelas 6AF~Muhamad Nazim, Fikri, Husaini, Firdaus Mahasan, Asyraf, Budi, Darimi, Khairul Ikhwan, Ammar Ikhwan, Aiman, Ammar, Hafiz, Tirhakara, Tujen, Shankaar, Yogen, & Vijey.
Mimi,Sajidah, Hidayah, Noraini, Izzah, Aisyah,Suhana, Syuhada, Parvitra, Ranuga, Husna, Nurul Badzlin dan Izzumy Nadia,

Semuanya akan meninggalkan 1001 kenangan dalam hidup ini..

Lihatlah kemesraan kami~
6IK

Bersama anak didikku 6IK


Bersama sebahagian  anak didikku 6AF

6AF

6AF

Nurul 'Aliaa AfiQah~ Ohhh ~Nurul 'Aliaa AfiQah

Sejarah Hidup Nurul 'Aliaa Afiqah

oleh 'Aliaa Afiqah pada pada 01hb Disember 2010 pukul 2.49 pagi
Pada 30 November 2010....maka tercatatlah dlm hidup 'Aliaa Afiqah kene perli KAW KAW ngan tcer raja & cgu azman.... perghhh!!! pedih gak rase nye....mase kene perli....yg aku ni bertongkat dagu je laa....alahai...malu ade gak....cgu azman siap tanye...''kat singapore ade jual minyak angin ke ??''.....tcer raja silalah jwb yerk !! .... haiyaaa...yg kwn aku lak..gelak2 !....kene kat korang...haa !! menangis meraung laa korang !.....yg tcer raja lak...org wat muke sedey..ade lak tcer kate aku sedey sbb rindu die ! haih !...bab memerli org...mmg tersangat pandai... GOOD JOB ! ..... haiyyaaa.... !!! psl like pic....kene perli KAW KAW !!!....penuh dah handbag tcer raja....setiap kali ade secret...mst tcer dpt taw....hurmm...ilmu ape laa yg tcer pakai erk...tiap2 hari kene perli...dah mcm jd rutin harian...hurmmm...bile laa tcer nk bukak handbag tcer & bawak kuar kan brg org lain ??....haritu tcer kate handbag tcer jatuh terbukak erk...pas2 barang saye jatuh tergolek.....x adil btol la !!...

cikgu azman kate : die pon ncem,cerdik....
tcer raja: tp mmg bt0l pon muke die sweet mase senyum....
         
*adakah ini satu perlian ??? * (Weii sayangku, ini bukan satu perlian lah tapi...betullah tu..)

Cgu Azman, minyak from Singapore ada just utk Aliaa je...untuk kita takde. Lagi pun kita tak perlu minyak~kan3x sebab kita syukur alhamdullah sihat, insyaAllah~.heh3x..

Aliaa, ewah ada bakat terpendam juga rupanya ye? Nampaknya ada jugalah penggantiku nanti..
Alliaa & Myself