Calendar


SEMOGA HARI - HARI MENDATANG LEBIH BERMAKNA DALAM HIDUP KITA

Wednesday, December 29, 2010

Azam Baru

Tahun 2010 akan melabuhkan tirainya dalam beberapa hari sahaja lagi. Terasa memang begitu cepat masa berlalu. Sana sini telah kedengaran ramai anak didikku punya azam baru. Oit ye ke tu?

Azam baru? Kenapa azam baru mesti muncul awal-awal tahun baru sahaja ye? Pelik!! Alangkah eloknya, kalau azam baru itu muncul tiap-tiap pagi sebaik bangunnya dari tdur. Rasanya mau saja aku muncul sebagai pakar motivasi untuk menggerakkan minda anak-anak bangsaku di luar sana. Nasihatku tidak usahlah tunggu tahun baru, baru hendak berkobar-kobar dengan azam baru. Rasanya semangat yang berkobar-kobar itupun bertahan hanya seminggu dua saja. Betul bukan??? Arghhh~selalunya hangat-hangat tahi ayam!!

Justeru perbetulkanlah niat kita. Sekiranya ingin berjaya seperti orang-orang yang telah berjaya, perbaikilah kelemahan diri setiap hari, sedikit demi sedikit. Inlah azamku setiap pagi. Bangunlah seawal pagi kerana seawal pagi, pintu rezeki memang terbuka buat kita...insyaAllah!!

Kini 2011 akan muncul, harapanku biarlah mentari terus bersinar untuk memberi cahaya dan nafas baru yang lebih segar.

Azam baru oh azam baru, selagi bernyawa biarlah hari-hari muncul dengan azam baru yang lebih bermakna. Bukan senang nak jadi senang dan bukan susah nak jadi susah. Semuanya d tangan kita. Tepuk dada tanya selera!! Anda ada 60 saat dari sekarang. Renung-renungkanlah dan selamat beramal..(sori Nabil & Prop Izzy)

No comments:

Post a Comment