Calendar


SEMOGA HARI - HARI MENDATANG LEBIH BERMAKNA DALAM HIDUP KITA

Friday, December 31, 2010

Ku Terpenjara Di rumah Sendiri

Lewat jam 4.00 ptg tadi, aku telah terpenjara di rumah sendiri. Kenapa?? Huhu di hadapan rumahku, kerusi meja telah diatur untuk majlis perkahwinan anak jiranku. Sekembalinya dari bandar seawal 12.30 tengah hari dan selepas solat Jumaat hubbyku masih boleh 'parking' kereta di hadapan rumah. Namun selepas jam 4.00 ptg tadi apabila suamiku hendak mengalihkan kereta ke luar ke persimpangan jalan, kelihatan kerusi meja telah disusun di bawah khemah. Apa nak di kata 'chempedak dah jadi nangka', kami saling berpandangan dan nampaknya hingga ke petang esoklah baru boleh kami keluar. Uwaaaa~

Malam ini, kedengaran riuh rendah di luar rumah, ermm patutpun, rupanya majlis akad nikah berlangsung pada malam ini. Ermm itulah hidup berjiran zaman sekarang. Memang diriku tidak tau apa2, yg ku tahu hanya esok saja jemputan ke majlisnya.

Tetiba, 'bila cinta... kini.. tak lagi bermakna..yang ku rasa.. kini.. hanyalah nestapa' ringtone msg nsetku berbunyi. Owh, si Iqah Pikah rupanya yang msg untuk mengajakku keluar ke bandar esok pagi bersama rakan-rakannya yang lain. IQah~Iqah~ sori tcer terpenjara di rumah sendri. Apakan daya..

No comments:

Post a Comment