Calendar


SEMOGA HARI - HARI MENDATANG LEBIH BERMAKNA DALAM HIDUP KITA

Wednesday, December 22, 2010

ReUnion~17 Disember 2010~



Dalam diemma antara pergi atau tak pergi~akhirnya kupergi jua. Terima kasih kepada sahabatku suami isteri~Zurina & Hanafi yg sanggup mengambilku di rumah emak. Kalau tidak kerana mereka memang ku takkan pergi memandangkan di rumah sibuk dengan persiapan kenduri kahwin anak saudaraku. Terharu!!Sahabatku dari Putrajaya sanggup mengambil dan menghantar kupulang.

Kini bila melihat gambar2 yg sempatku snap, rasanya tak sangka kami semua telah berusia 46 tahun. Gelagat kami bila berjumpa tak ubah seperti zaman persekolahan dulu. Masing2 nak berckp dan mlm itu yg kuingat aku hanya makan 3 cucuk sate sdgkan makanan melambak2. Itulah diriku bila telah berjumpa kwn2. Memang aku gembira yang amat sgt.

Mengimbau kembali saat kumelangkahkan kaki ke arah teman-teman,dari jauh kudengari namaku disebut. Wow~masih ingat lagi mereka akan diriku biarpun telah 34 tahun tidak bertemu. Rata2 mengatakan raut wajahku, percakapanku, senyum & gelak tawaku, masih seperti dulu. Syukur alhamdulillah tapi yang tak bestnya~huhu ramai yg mengatakan diriku berisi~ertikata lainnya gemuklah tu..dari dulu. Ohh! tidakkkkkk!!

Mike, Marina, Rosnah, Jai. Ipin, Khair, Subandy, Niza, Halim, sally, Yati, Zizah, Katrin, Zurina, Sheikh Najib, Saad, Zul, Zaiful, Hanafi, Hasnan, Ravi,Hana, Sabrina, Marzita, Midah, Zulfaa, Rosli, Noraishah, azlina, Tzalmah, Suhaimi, itu ajelah antara nama2 yg masih kuingat dan yg lain2nya banyak dah lupa. Maaf!

Malam reunion banyak membangkitkan nostalgia silam. Terima kasih buat Khair yg sanggup menyanyikan sebuah lagu yg ditujukan khas buat diriku ~Taman Rashidah utama.
Eh,eh ada makna ke tu?? Semua org memandang ke arahku~why?? Si Ipin pula, ewah gemersik alunan suaranya..terpukau seketika. Ipin memang tak berubah, macam dulu2 juga...antara kenalan yg paling kuat menyakat org zaman dahulunya..

Reunion Oh Reunion, dalam kegembiraan terpalit juga kesedihan. Kesedihan dirasai apabila mendapat tahu, seorg sahabat baik iaitu Awang telah pergi buat selamanya. Terkedu seketika sebab sebelum ini ketika membelek2 album lama di rumah emak, ada kumelihat gambar arwah tetapi bila sekembalinya dari reunion ku cuba mencari gambar arwah tetapi ntah ke mana hilangnya pula. Ingatkan nak kuupload gambar itu utk tatapan dan kenangan abadi buat teman2 yg lain tapi hampa. Apapun, semoga roh arwah di tempatkan di kalangan org-org yg beriman.InsyaAllah.

Selepas ini, andainya umur panjang dan ada reunion lagi takkan kulepaskan peluang utk bersama kawan2ku.

Terima kasih buat suamiku yg mengizinkan ku pergi. Biar kemana jua berada, suamiku tetap di hati. Insan yg paling kusayang selepas ibu bapaku.U'r my everything!!

2 comments:

  1. !Assalammualaikom!

    Blog ini dah macam blog rasmi...Pasti ipin kunjungi hampir setiap hari...

    Terlalu gembira bila jumpa member2 lama terutama Raja yg terpisah sejak 1981 lagi. Dulu Raja adalah rakan juga bagai saudara bagi ipin yg banyak membentuk nasihat. Maklum...waktu itu ipin cukup brutal dan digeruni akan perangai barannya.

    Dan setiap kali ada reUnion...pasti ipin akan sampai...Dan setiap itu juga ipin akan bertanya2 samaada Raja ada bersama. Ipin akan merayap dari satu meja ke meja kok2 Raja hadir. Termasuk reUnion yg bersama Yam Tuan Mukhriz beberapa bulan dulu.

    Cukup hepi dinner 1964 tempohari...Cuma masa terlalu singkat...Dan kita orang sambung lepas tu kat kedai mamak.

    Ipin masih dgn KGV dan menubuhkan kelab D'Perpatih untuk anak2 menyambung sukannya. Banyak juga duit gaji diawal penubuhan ini. Ada gak kawan2 lama yg membantu. Suka budak2 ni bila Kelab ni dah ada nama di peringkat national.

    Awal 2000 dulu waktu ipin masih sebagai player...sempat bawak cikgu Francis bersama ke England, Wales dan Hong Kong...Dia lah guru yg sering mendidik ipin erti kekuatan jiwa dan pengorbanan.

    Hanya Ipin dan Ajoey yg masih bergiat dgn sukan ini. Ni saja yg kita orang tau.

    Kini dah hampir ribuan murid2 Ipin yg berselarak dlm negara ini dan sebahagianya masih bermain. Alhamdulillah....dapat gak menyumbang bakti walau bukan sebagai pendidik.

    Sampaikan lah pada member2 kita yg dah berjaya dlm kerjanya agar turut menyumbang Kelab ini.

    www.deperpatihrc.blogspot.com Akaun kelab di Maybank...dan cuma klik ikon (M2U) dlm blog ini.

    Sampaikan salam pada suami dan anak2 serta keluarga di Seremban,

    Panjang umur..insyaallah ketemu lagi.

    @Ipin@

    ReplyDelete
  2. Ipin~yup!antara sahabat yang paling rapat. Terima kasih sbb mengunjungi blog ini. Blog ini aje lah teman luahan hati di kala sendirian.

    Malam reunion ari tu mmg terlalu singkat tp seronok jumpa kwn2. Tak sangka kita dipertemukan kembali. Reunon ni adalah kali pertama Raja hadirkan diri. Tak sangka pula ramai kwn2 yg hadir rupanya.

    Owh~ipin bergiat cergas dalam kelab D'Perpatih.Woww,selalu keluar negara gak ye. Tahniah!!

    Well~keep in touch. Apa2 akan gitau later ok.
    Panjang umur insyaAllah ketemu lagi. Harap2 jumpa Ct Zaharah juga. Skrg sdg menjejak kasih ni~hehe

    ReplyDelete