Calendar


SEMOGA HARI - HARI MENDATANG LEBIH BERMAKNA DALAM HIDUP KITA

Wednesday, December 8, 2010

Bosannya!!!

Hari ini 8 Disember bersamaan 2 Muharram adalah hari yang paling bosan dalam hidupku. Aku bertugas di sekolah, lengkap dengan berpakaian formal duduk dalam bilik guru keseorangan. Apa aku nak buat ye? Kerja-kerja di pejabat semuanya diuruskan oleh Kinah, Fogi, Kuni, Dayah dan kak Mah. Aduhhhh! bosannya aku.

Di dalam bilik guru, tiada lagi suara riuh rakan-rakan, meja dan kerusi kosong sekosong kosongnya. Sepi! Anak didikku seorangpun tiada. Masing-masing pasti dengan kehidupan sendiri pada waktu cuti persekolahan ini. Yup! betullah kata-kata, 'siapa lah guru kalau tanpa anak murid'. Ohh! aku rindu akan suasana persekolahan.

Bermula dari seawal jam 8.00 pagi dan kini hampir pukul 12.00 tengahari, aku ke hulu ke hilir  tanpa tujuan. Kalau  nak mengawasi kawasan sekolah, ermm jaga kan ada. Jadi aku betul-betul tak faham apa tugasku sebenarnya lantas kubuka laptopku dan mulalah menjelajah dari satu blog ke satu blog rakan-rakanku.

Menjengok sebentar ke blog Mangganu3, barulah terhibur sedikit hatiku. Ku gelak sorang-sorang. Man..man seluar dalam vs cangkulpun ada ye. Kah3x.. Apapun kemudiannya, aku kembali bosan. Bosan sebosan-bosannya. Ijat, Kak Ani, kak Dah, Eli, Goh, Nizam, Man, Hisham,  Aliza, Neshi, Farma, Uril....kalau kalian ada pastinya suasana tak sedemikian rupa. Tetiba teringat akan gelagat rakan-rakanku. Kalau mereka ada pastinya riuh dan hiruk- pikuk bilik guru dibuatnya dan taklah aku sebosan ini.

Ya Allah, kenapalah lambatnya masa berlalu? Betul-betul satu penyeksaan buatku untuk menanti jam12.30 tengahari.

2 comments:

  1. Teacer,knapew first2 teacer ckp smpai kul 12 tnghari.,.
    pas2 ayt yg last 2 k0l 1230 plk ??
    haha.,teacer slh tls ke ?

    ReplyDelete
  2. Haha~cmna Mardha baca ni? Mmg abis kul 12.30 le & kat atas tu tcer kata jam hmpir kul 12.00 tp tcer tak tau nak wat apa2~perghhhh!!

    ReplyDelete