Calendar


SEMOGA HARI - HARI MENDATANG LEBIH BERMAKNA DALAM HIDUP KITA

Friday, December 24, 2010

Kesibukan telah mula melanda diriku

Minggu ini diriku telah mula sibuk dengan tugasan baru untuk sesi 2011. Setiap tahun situasi inilah yang dihadapi oleh seorang insan yang bergelar guru. Buku persiapan mengajar perlu dilengkapkan sebelum sesi pesekolahan 2011 bermula. Program Pengajaran & pembelajaran perlu diagihkan mengikut mingguan dan macam-macam lagi.

Bermula dari 20 hb Disember, diriku bersama rakan-rakan yang lain asyik berulang ke sekolah menghadiri mesyuarat demi mesyuarat. Pada 21 Disember, tarikh inilah kami ketua-ketua panitia berkesempatan bertemu dengan Guru Besar baru iaitu Tn Haji Yunus. Syukur alhamdulillah pertemuan ini biarpun sekejap, memberi seribu makna buat kami. Betullah kata-kata beliau, pengalaman itu sebenarnya merupakan kekuatan kita.Yup! setelah hampir 23 tahun diriku mengajar, aku semakin seronok dan penuh keyakinan mendidik anak bangsaku. Aku pelik kenapa ada sesetengahnya berpendapat semakin lama mengajar semakin malas dan menurun prestasi seseorang itu. kenapa? Uishh aku marah sungguh dengan orang yang beranggapan begini.

Ini aku nak buktikan, dalam tempoh dua hari saja semua kerjaku dah beres. Buku rekod pengajaranku telah lengkap semuanya Dari rancangan tahunan, hinggalah kepada nama-nama pelajar baruku dengan nilai mulanya. Aku puas!! Prinsipku mudah saja, di mana ada kemahuan di situ ada jalan selain daripada hendak seribu daya.

Biasanya, apabila aku telah mula bekerja, aku akan beri tumpuan sepenuhnya. Itulah sebabnya agak lama juga diriku tidak melawat blogku sendiri. Malam ini setelah siap semua kerja2ku...tiba2 terasa rindu untuk berbicara di sini. Oh blogku, selepas ini nampaknya ..masaku adalah terhad untukmu..

No comments:

Post a Comment