Calendar


SEMOGA HARI - HARI MENDATANG LEBIH BERMAKNA DALAM HIDUP KITA

Wednesday, December 8, 2010

Biar Muka Hodoh Asalkan Jangan Cantik Tapi Bodoh

Wow, not bad tajuk ni kan. Sebenarnya kata-kata ini diambil dari satu laman web mengenai kecantikan. Ermm siapa yang taknak cantik, betul tak?

Sejak dari siang tadi, seperti biasa apabila tiada kerja yang perlu dibuat..aku mula melayari internet...alkononnya bershopping le. Kalau di luar, tentunya kakiku yang akan penat berjalan dari satu kedai ke satu kedai tetapi kali ini tanganku yang jenuh menaip dari satu website ke satu website yang lainnya. Penat juga weiii....Namun kehendak hati~ redah jugalah.

Mula-mula kumelayari butik-butik pakaian, kemudian ke produk kesihatan dan seterusnya kepada produk kecantikan. Apabila tiba kepada produk kecatikan ini, masyaAllah begitu banyak jenama rupanya. Kesemuanya macam bagus je bunyinya dan... Haha mula nak tergodalah tu. Tetiba aku terjumpa satu website,'anda ingin memiliki produk kecantikan dengan jenama sendiri?' Aku terus klik masuk ke web tersebut dan owh..patutpun....tak peliklah  banyak jenama kecantikan sekarang ni. Ada duit semua boleh jadi.

Selepas itu hasratku yang berkobar-kobar mulanya untuk membeli satu produk terus terbantut. Syukur alhamdulillah ku menjumpai website ini. Kalau tidak.......'abg, esok tolong bank in duit atas nama...dot..dot...dot. & dot.'

Kemudian kuterjumpa satu blog yang tercatat kata-kata 'BIAR MUKA HODOH ASALKAN JANGAN CANTIK TAPI BODOH'. Ohoho, macam perli je kata-kata ini, detik suara hatiku tetapi bila kuulangbaca banyak kali, ada kebenarannya  Heh3x... nasib baik kutidak tergolong dalam ketegori cantik tapi bodoh ye. Syukur Alhamdulillah, petikan ini menjadi penguat semangatku agar jangan mudah tergoda dan rambang mata untuk membeli sesuatu yang tidak pasti.

No comments:

Post a Comment