Calendar


SEMOGA HARI - HARI MENDATANG LEBIH BERMAKNA DALAM HIDUP KITA

Monday, December 27, 2010

Sekolah Oh Sekolah

Semnggu lagi sesi persekolahan 2011 akan bermula. Rasanya macam baru semalam aja bercuti tapi ni tup! tup! tau tau dah nak ke sekolah semula. Owhh, apa pula cabaran yang akan kuhadapi untuk tahun 2011 nanti.

Awal persekolahan nanti, pastinya diriku akan terasa kehilangan anak2 didikku tahun 6,2010. Muka2 mereka pastinya tidak akan kelihatan lagi dan yang tinggal hanya tempat duduk mereka. Akan menitiskah airmataku nanti tanpa mereka?

Kini semua persiapan P & P telah kusiapkan. Kalau orang lain sibuk membeli alat persekolahan untuk anak2 mereka, aku juga tidak ketinggalan untuk itu. Biarpun aku tidak punya anak yang bersekolah lagi, namun aku tetap menyibuk untuk membelinya. Eh, untuk siapa?? Haha untuk diriku sendrilah.

Sekolah oh sekolah, aku sebenarnya memang tak sabar untuk ke sekolah semula. Duduk di rumah seorang diri menjadikan aku asyik makan, tengok tv & tidur tanpa mengira waktu. Bayangkan sebelum cuti sekolah beratku hanya 57 kg dan empat hari yang lalu bila ku timbang d rumah emak, beratku telah menjangkau 61.5kg. Huhu patutlah aku terasa mengah apabila turun naik tangga.

Harapanku bla sekolah dibuka semula, aku dapat menurunkan berat badan ku kerana yang pastinya apabla diriku sibuk dengan tugas, secara automatik badanku akan kembali normal~insyaAllah.

No comments:

Post a Comment