Calendar


SEMOGA HARI - HARI MENDATANG LEBIH BERMAKNA DALAM HIDUP KITA

Wednesday, March 30, 2011

Terguris luka

Selama bergelar guru, hari ini aku benar-benar rasa kecewa, pedih rasa hati, terpaku seketika dgn gelagat anak didikku tahun 6 Ibnu Sina (kelas pertama)sesi 2011.Tak pernah ku terima tamparan sehebat ini dan hari ini aku mengalirkan air mata kekesalan atas sikap hipokrit anak didikku. Terasa sia-sia pengajaranku selama 3 bulan ini.

Pagi tadi sebaik tiba di sekolah seawal pagi, aku terus masuk ke kelas 6 Ibnu Sina memasang wayar LCD ke laptopku biarpun ku tahu sebenarnya hari ini waktu pertama dan keduaku adalah di kelas 6 Al Farabi dan bukannya 6 Ibnu Sina. Waktu kubersama 6 Ibnu Sina adalah waktu yang ketiga. Namun aku memang telah merancang untuk membawa anak didikku 6 Alfarabi ke kelas 6 Ibnu Sina dan begitulah sebalinya. Tukar kelas seketika sebab di sekolah hanya kelas 6 Ibnu Sina sahaja yg telah lengkap dengan kemudahan LCD.

Selepas siap segalanya,aku memanggil kelas 6 Al farabi masuk ke kelas 6Ibnu Sina dengan harapan sebaik loceng berbunyi, aku terus dengan pengajaranku. Aku tidak mahu membuang masa sebab berdasarkan diagnostik yang kubuat masih banyak kelemahan anak didikku yang perlu kubantu.

Pengajaranku waktu pertama & kedua bersama kelas 6 Alfarabi(kelas yang ke-3) aku benar2 rasa seronok sebab latihan yang kuberi pada hari semalam rata-rata semua anak didikku buat. Sesi perbincangan berjalan lancar dan aku amat seronok sebab anak didikku dpt menjelaskan langkah demi langkah bagaimana untuk mendapatkan jawapan bagi soalan penyelesaian masalah dalam tajuk wang. Aku berasa puas!! latihan seterusnya melalui soalan-soalan yang kupamerkan melalui LCD dapat disalin dengan sempurna.

Apabila loceng ketiga berbunyi, anak didikku 6 AlFarabi balik ke kelas mereka semula dan anak didik 6 Ibnu Sina masuk ke kelas mereka kembali. Selepas salam diberi aku terus bertanyakan akan latihan pada hari semalam untuk mendapat maklum balas andaikata ada sebarang masalah yang perlu kubantu. Masing-masing menjawab tiada masalah lalu kusuruh membuka buku latihan tersebut dan di sinilah segalanya bermula. Ku pergi ke meja seorang demi seorang anak didikku rupanya - rupanya majoriti tidak menjawab langsung soalan yang kuberi pada hari semalam. Bayangkan! Kelas yang pertama bersikap demikian. Antara 34 orang pelajar cuma 7 orang sahaja yang menyiapkannya. Berbeza dengan kelas ketiga 6 Al Farabi.

Aku benar-benar rasa tertipu lantas kututup laptopku dan mencabut wayar LCD. ku duduk tanpa berkata apa-apa. Aku sebak menahan perasaan. Mujur aku cuma ada 1 waktu bersama mereka. Aku cuma memohon maaf pada anak didikku yang 7 orang yang menyiapkan kerjaku kerana disebabkan sikap rakan mereka yang lain, aku tidak mengajar mereka pada hari ini. Aku memang kesal. Kesal yang amat2. Andai kelas lain, aku tidak pelik dan terasa sangat tetapi ini kelas pertama, aset sekolah. Selama mengajar inilah kelas pertama yang bersikap demikian. Kalau 7 orang tidak menyiapkan kerja, bolehlah dimaafkan tapi ini tidak!! 7 orang sahaja yang menyiapkan kerja. Hatiku terluka, hancur luluh. Sia-sia ku korbankan waktu tidurku memikirkan bagaimana untuk memantapkan anak didikku tetapi anak didikku inikah balasan anda.


4 comments:

  1. Kadang2 cikgu begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk melihat kejayaan anak-anak didiknya.Namun apa yang diperoleh adalah sesuatu yang mengguris hati dan perasaan.Itulah namanya cubaan dalam kehidupan ini.Suka atau tidak suka tetap terpaksa kita tempoh tak kala bergelar seorang pendidik.Banyakkan bersabar Kak Shidah agar cabaran ini mampu kita lalui dan tempuhi.

    ReplyDelete
  2. Man, pertama kali kak tak bersemangat untuk ke sekolah. Emosi kak down terus dan memberi kesan kepada fizikal kak. Rasa badan tak bermaya dan kepala menjadi pening. Sakit migrain yg telah lama tidak menyerang tiba2 muncul kembali. Apapun terima kasih Man. InsyaAllah kak cuba atasi emosi ini tp tak pasti adakah emosi ini akan kembali normal.

    ReplyDelete
  3. Tcer Raja , saya nak mintak maaf sebab saya tak buat homework yang tcer beri . Tcer saya janji saya takkan buat macam tu lagi . Saya janji akan buat homework yang tcer beri . Tcer maafkanlah saya . Masuklah kelas 6 IBNU SINA . Tcer teruskanlah mengajar saya . Saya dahagakan ilmu tcer . Tcer berkatkanlah ilmu yang tcer telah berikan kepada saya . Tcer tolonglah saya . Saya merayu pada tcer .

    ReplyDelete
  4. Nabilah~ntah kenapa airmata tcer terlalu murah nilainya. Tcer bukan merajuk hati tapi hati tcer terluka. Tcer syg kamu semua mcm anak sendri. Segala2nya tcer nak curahkan yg terbaik buat Nabilah & rakan2 tp semlm kalian hncurkan semuanya.Patah semangat tcer & terasa tcer tak dihargai. Owhh~tcer tak tahu nak kata apa dah.Kalau betul dah ada kesedaran doa ajalah agar emosi tcer kembali pulih spt sebelumnya. InsyaAllah tcer takkan bersikap zalim.

    ReplyDelete