Calendar


SEMOGA HARI - HARI MENDATANG LEBIH BERMAKNA DALAM HIDUP KITA

Friday, March 4, 2011

Suara Oh suara

Setiap tahun aku pasti menghadapi masalah suara. Suaraku sering jap ada jap takde. kalau adapun bila bersuara mengalahkan penyanyi Ella.

Masih ku ingat 3 tahun yang lalu setiap kali bila ku hendak melangkah masuk ke kelas, di atas meja telah tersedia beberapa botol air asam jawa. Agaknya kesian sungguh mereka terhadap cikgunya ini. Terharu sungguh aku dibuatnya. Aku tidak pernah meminta tetapi itulah penghargaan anak didikku terhadap diriku.

Peliknya, di sekolah, aku seorang sahaja yang sering mengalami masalah sakit tekak. Kenapa? Risaunya hati bukan kepalang apabila masalah ini melanda. Rakan-rakan menyarankan agar aku pergi berjumpa dengan doktor tapi ermm lambat lagilah. Aku rela begini daripada berjumpa dengan doktor.

Suara oh suara. Bilakah suaraku akan pulih seperti sedia kala?
Andaikata sesiapa yang ada petua untuk mengatasi masalah ini, sudi-sudikan lah ye.

2 comments:

  1. amalkan kemam gula batu......gula yang berbongkah yang dijual kat kedai tu.....amalkan selalu...insya-Allah akan redalah cikit...Tapi jgn sokmo2..nanti dapat kecemasan pulak.

    ReplyDelete
  2. Owh gula batu. Tau2 sebab selalu guna buat agar2 biar agar2 lebih pejal. Alamak takde pulak kat rumah so esok kena gi belilah. Thanks ye Man.

    ReplyDelete